"Tiada rotan, akar pun berguna"
Orang berbudi kita berbahasa, orang memberi kita merasa.
Walaupun dalam keadaan pendemik yang belum reda, pihak kerajaan amat prihatin dengan nasib anak seni. Ya, pada awalnya penggambaran hanya akan dibuka pada fasa ke-3, namun selepas rayuan demi rayuan, MKN telah mempercepatkan kelulusan tersebut ke fasa ke-2.
PTVM banyak menerima keluhan anak seni mengenai syarat ketat mengenai SOP terbaru. Namun, nasihat kami agar semua kena bersyukur dan akur dengan syarat tersebut. Ia dibuat demi keselamatan kita semua. Doakan agar kita dapat keluar dari pendemik ini dan dapat mencari rezeki seperti biasa.
Buat detik dan saat ini, SOP tersebut adalah yang paling adil untuk semua. Dan diyakini, ia akan dilonggarkan dari masa semasa sejajar dengan perkembangan pemulihan pendemik.
Selamat ber 'shooting'.
Comments